Zuraidah Gesa Jangan Politikkan Saman 10 Juta Kerana Khianat Parti

Zuraidah Gesa Jangan Politikkan Saman 10 Juta Kerana Khianat Parti

Bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa agar bekas partinya tidak mempolitikkan saman RM10 juta terhadapnya kerana keluar parti dan menyertai PPBM setelah peguam PKR, Willian Leong memaklumkan pihak plaintif masih gagal menyerahkan writ saman kepadanya selepas hampir sebulan ia difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Zuraida mengesa PKR dan pasukan perundangannya sepatutnya menangani perkara itu di mahkamah kerana menurut beliau ada banyak perkara yang lagi penting berbanding isu saman terbabit.

Terdahulu , Bernama melaporkan Leong berkata pihaknya belum dapat menyerahkan writ saman kepada Zuraida di kedua-dua alamat kediaman dan pejabat menteri itu selain telah menghantar permintaan menerusi surat berdaftar agar Zuraida melantik peguam untuk menerima writ itu bagi pihaknya.

Saman tersebut telah difailkan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bagi pihak parti itu pada 2 Oktober, atas dakwaan Zuraida telah menandatangani bon pada 25 April 2018 yang mana sekiranya dia keluar parti, maka perlu membayar RM10 juta kepada PKR kerana telah menang menggunakan tiket parti.

CATEGORIES