Zambry Abdul Kadir Antara Nama Dipertimbang UMNO Ganti Peja

Zambry Abdul Kadir Antara Nama Dipertimbang UMNO Ganti Peja

Malaysiakini melaporkan UMNO Perak kini mempertimbang tiga nama untuk diangkat sebagai calon menteri besar Perak, tiga nama Adun dari UMNO terbabit adalah Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad, Zambry Kadir dan Shahrul Zaman Yahya.

Perkara ini akan diputuskan dalam mesyuarat bersama Presiden UMNO, Zahid Hamadi yang dijadualkan pada malam ini.

Menurut sumber parti itu, calon muktamad akan diputuskan dalam mesyuarat bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan malam ini.

Zambry merupakan bekas menteri besar Perak sebelum diambil alih oleh Pakatan Harapan pada PRU14 yang lalu. Zambry juga adalah Menteri besar Perak yang mengantikan Nizar Jamaluddin dari PAS setelah Nizar dijatuhkan dalam satu siri rampasan kuasa pada 2009.

Perak akan mendapat menteri besar baharu setelah penyandang, Faizal Azumu yang juga timbalan presiden BERSATU dijatuhkan melalui usul undi percaya yang dibawa oleh adun UMNO.

Rujukan : https://www.malaysiakini.com/news/553962

CATEGORIES