Zahid Mahu Muhyiddin Pecat Empat Menteri UMNO

Zahid Mahu Muhyiddin Pecat Empat Menteri UMNO

Portal MalaysiaNow mendedahkan antara isu pertemuan Zahid dan Muhyiddin Yassin adalah mahukan beberapa menteri dari Umno dipecat

Menurut portal terbabit,satu pertemuan antara Muhyiddin yang juga presiden Bersatu dengan Zahid dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 17 Oktober untuk membincangkan tentang Muafakat Nasional.Pertemuan terbabit turut dihadiri Ahmad Maslan, Takiyuddin Hassan dan Hamzah Zainuddin.

Pada akhir perbincangan, Muhyiddin bertanyakan Zahid mengenai surat sokongannya kepada Anwar yang dihantar ke Istana Negara. Zahid enggan surat itu dibawa keluar dalam perbincangan namun apabila pegawai Muhyiddin menyerahkan surat itu kepada Hamzah yang kemudiannya memberikannya kepada presiden PAS, wajah Hadi menunjukkan reaksi amat terperanjat.

Zahid kemudiannya menuntut dilantik sebagai timbalan perdana menteri sebelum mendesak Muhyiddin untuk menggugurkan Hishamuddin Hussein, Adham Baba, Khairy Jamaludin dan Halimah Sadique daripada Kabinet.

Keempat individu ini adalah ahli parlimen UMNO yang memegang jawatan Menteri Kabinet namun tidak memegang jawatan tinggi di dalam parti. Perlantikan mereka menimbulkan rasa tidak senang pemimpin tertinggi UMNO.

Rujukan : https://www.malaysianow.com/berita/2020/10/27/pendedahan-kisah-surat-zahid-kepada-agong/

CATEGORIES