WARISAN Mendapat Undi Popular Melebihi BN + PN

WARISAN Mendapat Undi Popular Melebihi BN + PN

Walaupun Parti Warisan Sabah tewas dalam pilihan raya Negeri Sabah dengan majoriti kecil di tangan 3 komponen, namun Warisan membuktikan mempunyai sokongan terbesar rakyat Sabah dengan memperoleh undi popular jauh lebih tinggi berbanding Perikatan Nasional , Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah bahkan lebih dari gabungan ketiganya.

Dalam Pilihan Raya Negeri lalu, Warisan mencatatkan peroleh undi sebanyak 259989 undi manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS)) memperoleh 311621 membezakan lebih 50,000 undi.

Jika dipecahkan, lagi kecil perolehan parti GRS iaitu Barisan Nasional peroleh 139801,yang mana melibatkan gabungan 3 buah parti manakala PN memperoleh 125,125 juga melibatkan gabungan 3 buah parti. Parti Bersatu Sabah pula memperoleh 46615 undi popular.

Ini menjadikan parti WARISAN merupakan parti tunggal yang bertanding menggunakan logo sendiri memiliki undi terbesar dan merupakan pilihan UTAMA rakyat Sabah.

Kekalahan pada Pilihan Raya Negeri kali ini tidak menjadi pematah semangat untuk Warisan kelak muncul sebagai kuasa terbesar di Sabah.

CATEGORIES