Wan Saiful Gesa Anwar Letak Jawatan

Wan Saiful Gesa Anwar Letak Jawatan

Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan mengesa Presiden Keadilan, Dato Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik sekiranya beliau gagal sekali lagi untuk mendapatkan sokongan cukup ahli parlimen untuk melayakkan beliau menjadi perdana menteri.

Menurut Wan Saiful,Anwar Ibrahim telah membohongi rakyat apabila mendakwa mempunyai cukup sokongan dalam usaha menggulingkan kerajaan, Wan Saiful turut menuduh Anwar hanya memikirkan cita-cita peribadi sahaja, tanpa memikirkan kesan ketidakstabilan politik kepada ekonomi negara dan kebajikan rakyat.

Menurut Wan Saiful, Ia melambangkan betapa Dato’ Seri Anwar semakin lama semakin terpisah (detached) daripada denyut nadi rakyat yang mahukan kestabilan.

“Ini bukan kali pertama Dato’ Seri Anwar cuba menggugat kestabilan kerajaan dengan penipuan yang sama. Sekiranya inilah strategi terdesak yang beliau mahu gunakan, saya cadangkan beliau bersara sahaja daripada politik negara dan benarkan tokoh lain mengambil alih kepimpinan pembangkang agar pembangkang di negara kita boleh menjadi pembangkang yang konstruktif (constructive opposition).” tegas Wan Saiful

CATEGORIES