Wan Ismail Ni Lelaki Ke Perempuan ?

Wan Ismail Ni Lelaki Ke Perempuan ?

PKR Kuala Nerus mempersoalkan kehadiran bendahari PKR Terengganu, Wan Ismail Wan Long ke dalam mesyuarat Wanita PKR Negeri.

Menurut sumber, Wanita PKR Negeri Terengganu bergolak akibat campur tangan Bendahari MPN PKR Negeri Terengganu ia itu Wan Ismail Wan Long dalam mesyuarat Wanita PKR Negeri.

Sumber turut bertanya peranan Wan ismail dalam Gerakan Wanita PKR Negeri Terengganu dan adakah Wan Ismail adalah salah seorang AJK dalam Wanita PKR Terengganu?

Secara sinis, sumber yang juga merupakan pimpinan PKR Kuala Nerus bertanya jika Wan Ismail adalah seorang wanita kerana dia perlu hadir semua mesyuarat ajk wanita PKR Negeri.

“PIMPINAN PKR PUSAT tidak nampakah bertapa teruknya situasi PKR Negeri Terengganu sekarang ini?.
Sampai bila kami ahli ahli PKR Negeri Terengganu perlu berhadapan dengan perosak perosak parti seperti ini?, yang mana mereka mentadbir PKR Negeri macam Parti PKR ni dia orang punya?” soal sumber.

https://web.facebook.com/MediaPkrKualaNerus/photos/a.178008927161066/299563908338900/

CATEGORIES