Veteran UMNO Sindir Pemuda PAS Dakwa Pengeluaran Akaun 1 KWSP Hasil Perjuangan Pemimpin PAS

Veteran UMNO Sindir Pemuda PAS Dakwa Pengeluaran Akaun 1 KWSP Hasil Perjuangan Pemimpin PAS

Ahmad Shabery Cheek, yang merupakan bekas ahli parlimen Kemaman menyindir Pemuda PAS dalam hantaran media sosial beliau setelah ketua pemuda PAS Terengganu memuatkan tulisan panjang tentang isu pengeluaran wang dari akaun 1 kwsp.

“Ada yang kata i-Sinar, pengeluaran Akaun 1 KWSP hasil perjuangan mereka. Tahniahlah!” kata Ahmad Shabery pada facebook beliau yang dilampirkan kenyataan panjang lebar ketua pemuda PAS yang mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin Yassin dan PN kerana “membuat keputusan penting dalam keadaan terbaik”.

“Tahniah juga kepada Timbalan Ketua Pemuda Pemuda PAS Malaysia yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas (Ahmad Fahli Shaari) yang dalam ucapannya di parlimen tempoh hari mencadangkan agar moratorium secara bersasar dan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP diterima tanpa bersyarat kerana ianya tiada dalam Rang Undang-undang Perbekalan untuk dibincangkan dalam Parlimen.

“Bahkan beliau mencadangkan agar ahli parlimen kerajaan duduk semeja dan bincangkan yang terbaik buat rakyat,” katanya.

CATEGORIES