Veteran UMNO Setuju Desakan PRU Segera Selepas Covid-19 Terkawal

Veteran UMNO Setuju Desakan PRU Segera Selepas Covid-19 Terkawal

Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa berkat Veteran menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk mengadakan PRU-15 selepas covid19 terkawal bagi memberi keutamaan kepada agenda kebajikan rakyat.

Menurut beliau, Beberapa keputusan yang dibuat pada mesyuarat malam tadi menampakkan UMNO sebuah parti yang akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang meminta ahli politik berhenti bertelagah dan menumpukan kepada usaha memulihkan negara dan meletakkan agenda kebajikan rakyat lebih utama.

Othman turut berharap UMNO mengambil tindakan tegas kepada pihak yang membuat tuduhan dan memfitnah dengan niat mahu memecah-belah ahli parti serta rakyat dan menyeru agar rakyat tidak terpengaruh dengan pihak tertentu yang memburukkan pemimpin UMNO.

MKT UMNO semalam memutuskan semua anggota Kabinet dari UMNO akan terus kekal dalam kerajaan , keputusan tersebut dibuat berdasarkan fungsi UMNO sebagai sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat.

Rujukan : https://www.sinarharian.com.my/article/107645/BERITA/Politik/Veteran-sokong-keputusan-MKT-UMNO
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

CATEGORIES