Veteran UMNO Kesal PAS Tidak Pujuk UMNO

Veteran UMNO Kesal PAS Tidak Pujuk UMNO

Veteran UMNO Kelantan, Datuk Rafi Awang Kechik menyatakan rasa kesal terhadap hubungan kerjasama PAS UMNO tidak dihargai PAS sepenuhnya.

Menurut Rafi Awang Kechik dalam wawancara bersama Haji Zawawi Othman, PAS tidak ambil kira perasaan hati UMNO. Menurutnya, Muafakat Nasional ini satu-satu benda yang terbaik, tetapi ada duri sekaran apabila PAS telah bersama dengan BERSATU.

“Apa perasaan PAS kalau kita bersama dengan AMANAH? Soalnya sama, UMNO dengan BERSATU dia sama dengan PAS dengan AMANAH. Apakah PAS tidak mengambil kira perasaan hati kita? Ini benda yang kita lihat. PAS pula pergi dengan BERSATU tanpa pengetahuan kita. Tak mengaku pun, awal-awal, “tak ada, tak ada, tak ada”, tapi akhirnya terjawab. Kalau saya, malu, tipu tipu rupa rupa betul.” , luah Rafi dalam wawancara terbabit.

Rafi juga kesal apabila PAS tidak mari pujuk UMNO, menurutnya UMNO Kelantan keluarkan kenyataan pada tahun lepas bahawa UMNO bersedia untuk bertanding semua kerusi Parlimen dan DUN, menruutnya, kenyataan itu dibuat supaya PAS jumpa kita.

Namun PAS tidak melakukan yang sedemikian.

“kadang-kadang kita, maaflah saya bagitahu, budak nak coklat, dia merajuk, mari pujuk. Tak ada pun. Dan sebenarnya PAS patutnya bincanglah, sampai Pengerusi ini, yang baru ini, satu pun dari Kelantan tak bagi kepada UMNO, jawatan Pengerusi JKKK. Saya pun, itulah inilah, jadi nak pilih jawatankuasa pun, akhir sekali UMNO kata, “Tak payahlah, bagi kepada PAS semualah”.

CATEGORIES