Ustaz Azhar Tegur Sikap Double Standard Kerajaan Negeri

Ustaz Azhar Tegur Sikap Double Standard Kerajaan Negeri

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menegur Menteri Besar Terengganu, Samsuri Mohtar berikutan pengumuman Menteri Besar melarang semua masjid dan surau di Terengganu mengadakan sebarang majlis berbuka puasa dan sahur sepanjang Ramadan ini.

Ustaz Azhar meminta agar restoren,dewan dan hotel turut dilarang untuk semua majlis berbuka puasa yang ada orang ramai kerana covid tidak pilih tempat untuk merebak.

“buat larangan untuk semua majlis berbuka puasa yg ada orang ramai..bkn di masjid saja tp hotel dan restoran dan dewan dll sbb covid tak pilih tempat.” tulis Ustaz Azhar dalam facebook Samsuri.

Rata rata netizen menyokong saranan Ustaz Azhar Idrus, antaranya Mat Said yang menulis “ambe sokong ustaz..jgn pilih2 kasih”

Mohd Ezai Zulkarnain pula menyampuk “kemah keming ustaz..covid pilih tempat ruponyo..emmmm 😂”

Azmi Muhammad pula mempersoalkan tarian zumba yang tidak dilarang secara tertutup, “TARIAN Zumba xdok larangan pulok.. klu Bab hok berkaitan masjid, Ada selalu larangan… Ko Guano ustaz…”

Mi Qa pula mendakwa double standard yang jelas antara masjid surau dan majlis kawin vvip,

“kalu brkaitan dgn surau msjid gak serba serbi xleh. majlis kawin puak kayangan terang2 langgar sop senyap tipah.”

CATEGORIES