Ustaz Azhar Bidas Sindiran Netizen Isu Tahnik Anak Siti

Ustaz Azhar Bidas Sindiran Netizen Isu Tahnik Anak Siti

Ustaz Azhar Idrus membalas kritikan pengguna facebook, Zamir Ghazali yang mempertikaikan tindakan beliau hadir ke majlis tahnik selebriti.

“Kalau rakyat marhain mari majlis tahnik bayi juga dan dok kena saman.. tak mengapalah ustaz. Kita kire halal berhalal lah..”

“Tapi kalau rakyat biasa kena penalti;, tapi kumpulan ustaz, mufti, ulama parti tak kena apa…”

“Maka semoleknya Pakat kena ngaji semula lah sirah Nabi potong tangan Fatimah tu..”

Perlian terbabit tidak boleh diterima admin facebook peribadi pendakwah terkenal tersebut yang menyifatkan kritikan tersebut sebagai perbuatan biadab.

“biadap ni keturunan atau awak sorg je?: tulis Facebook Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz Azhar sebelum ini dikritik keras setelah hadir program tahniah artis, Siti Nurhaliza namun menafikan kehadiran itu kerana berkawan dengan Siti sebaliknya dijemput oleh suami beliau, Khalid Jiwa.

“Sudah tiga kali dia ajak saya pergi rumah dia, saya seganlah sebab dia pernah ziarah saya lebih dua jam sebelum ini.” Kata Ustaz Azhar dipetik portal Malaysiadateline.

“Jadi saya hadir sebagai balas jemputan dia dan saya janji pergi (majlis tahnik) lepas tarawih.

CATEGORIES