Ustaz Afis Ibrahim (UAI Junior) Disindir Penyokong PAS Setelah Tegur Hal Rasuah

Ustaz Afis Ibrahim (UAI Junior) Disindir Penyokong PAS Setelah Tegur Hal Rasuah

Pendakwah terkenal negeri Terengganu yang disebut sebagai Ustaz Azhar Junior, iaitu Ustaz Afis Ibrahim ditempelak pemimpin pemuda PAS apabila status Ustaz Afiz Ibrahim nasihat berbentuk kinayah atau perumpaaan tentang kualiti integriti perasuah atau pemakan harta secara batil (haram).

Tulisan ustaz direspon secara biadab oleh penyokong PAS termasuk merendahkan derajat ustaz sebagai mengejar harga yang tinggi jika mengajar di surau masjid.

Ustaz Afis dalam facebook beliau menulis ;

“Kalau beri babi celup tepung ke orang kita mereka akan buat isyarat nak muntah. Tapi makan rasuah ratus ribu senyum je….Padahal keduanya kene bakar api neraka belaker❤️🙏🏿🙏🏿🙏🏿” satu nasihat murni namun dibalas dengan sindiran biadab oleh penyokong PAS yang juga pegawai lantikan politik;

RM300…Jangan cabar saya,
RM500.. Jangan uji saya,

RM1000!…. Ok, .. maghrib nanti ana sampai, ..eh lupa pulak, surau mana tadi..

tulis penyokong PAS terbabit menyindir harga yang dikenakan untuk kuliah maghrib.

Seorang lagi penyokong PAS Ahmad Budin turut menyindir ” Kalu nok kuliah surau kg kite brp riyal pengeras ustz afis???”

Seorang pengguna facebook menegur tindakan penyokong PAS terbabit yang kesal cubaan membina persepsi buruk terhadap ustaz yang menegur, dan memberikan ilmunya kepada masyarakat.

“Demi kuasa dan kejar ke harta jadi taksub, ni bahaya baru dalam masyarakat,” tulis Fadhli Jusoh.

Satu lagi tulisan nitizen menegur sikap taksub penyokong PAS terbabit meminta untuk mereka muhasabah;

“Mana pergi hikmah (wisdom)sebagai seorang anggota dan PEGAWAI Jemaah lslam, anggota kerajaan…Gaji anda dibayar dengan hasil mahsul negara dan rakyat jelata…Muhasabahlah.”

CATEGORIES