Undi Tolak Peja, Hasnul Zulkarnain Bakal Dipecat BERSATU?

Undi Tolak Peja, Hasnul Zulkarnain Bakal Dipecat BERSATU?

Portal TheMalaysianinsight melaporkan bekas ketua pemuda AMANAH Nasional, Hasnul Zulkarnaim, bakal dipecat dari BERSATU selepas beliau didakwa tidak mengundi menyokong Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu semasa undi percaya minggu lalu.

Menurut sumber sama, kedudukan Hasnul turut dibincangkan dalam biro politik Bersatu yang bermesyuarat tidak lama setelah sidang Dun Perak pada jumaat lalu.

Hasnul merupakan satu satunya wakil rakyat AMANAH yang lompat kepada parti musuh waktu kejatuhan kerajaan PH, bersama dua lagi adun dari DAP.

Beliau yang menangis teresak esak sewaktu hari kejatuhan kerajaan PH Perak dilihat masih bersama PH namun kemudian dilaporkan berada dalam sidang media menyokong penubuhan kerajaan PN.

RUJUKAN : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/288841?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&utm_campaign=the%20malaysian%20insight

CATEGORIES