UMNO Yakin Rampas Kembali Terengganu Pada PRU15

UMNO Yakin Rampas Kembali Terengganu Pada PRU15

Umno Terengganu yakin parti itu dapat merampas semula kerajaan negeri itu daripada PAS jika mereka bertanding di semua kerusi DUN – serta parlimen – pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Pengerusi Umno Terengganu dalam Malaysiakini, Ahmad Said yang membuat perbandingan antara PRU10 dan PRU11, pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan.

“Pada 1999 kerajaan Terengganu jatuh ke tangan PAS yang ketika itu bekerjasama dengan PKR. Ia sedikit sebanyak dipengaruhi oleh gerakan reformasi ekoran penyingkiran Anwar Ibrahim daripada Umno.”

“Bagaimanapun BN kembali merampas Terengganu dengan jumlah kerusi yang kukuh pada PRU berikutnya dan PAS kembali menjadi pembangkang.”

“Kita yakinlah sebab kita tengok Terengganu ni, sejarah dia… PAS perintah satu penggal saja,” katanya apabila ditanya tahap keyakinan Umno Terengganu dalam merampas semula kerajaan negeri.

“Contohnya pada 1999 kita kalah 28-4 (kepada PAS). Umno hanya tinggal empat kerusi, tapi bila 2004, apabila PAS tak mampu menunaikan tanggungjawab (seperti) Umno (lakukan) sebelum itu, kita ambil 28-4. (Perubahan) 360 darjah berpusing,” katanya kepada Malaysiakini.

CATEGORIES