UMNO Terengganu Berkeras Tolak Kerjasama Dengan PAS

UMNO Terengganu Berkeras Tolak Kerjasama Dengan PAS

Umno Terengganu berpendirian tegas tidak akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), tegas Pengerusinya, Ahmad Said.

“No way.” Itu jawapan ringkas tapi tegas Ahmad Said mengulas jika Umno akan bekerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

“Umno Terengganu berpendirian tegas tidak akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).”

Menurut Adun Kijai itu juga, Umno Terengganu akan bergerak sendiri menggunakan logo Barisan Nasional (BN) dan menolak kerjasama dengan Pas kerana mendakwa parti itu tidak jujur dan melanggar syarat perjanjian persefahaman (MoU) ketika penubuhan Muafakat Nasional (MN) pada 14 September 2019.

“Pas melanggar perjanjian itu selepas tiba-tiba bergabung dan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan menubuhkan PN,” katanya pada majlis Perasmian Cawangan Umno Kampung Pak Wan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat, katanya kepada Harian Metro.

Ahmad berkata, Umno Terengganu sudah membuat pengisytiharan untuk bertanding di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan lapan kerusi Parlimen pada PRU-15 nanti.

CATEGORIES