UMNO Sendiri Punca Kelemahan Mereka – Pemuda AMANAH

UMNO Sendiri Punca Kelemahan Mereka – Pemuda AMANAH

Setiausaha Pemuda AMANAH Terengganu, Muammar Qaddafi mendakwa UMNO adalah punca masalah yang menimpa parti itu hari ini.

Menurut beliau, Muhyiddin menggunakan pemimpin UMNO yang pro PN bagi menyerang Zahid dari dalam.

“Muhyiddin menggunakan kem Pro PN dalam UMNO, iaitu mereka yang dapat habuan kuasa bagi meremehkan Zahid.”

Menurut Muammar lagi, UMNO tidak perlu salahkan pihak lain melainkan kepimpinan UMNO sendiri yang lemah menjadi punca UMNO turut lemah.

Beliau turut mempersoalkan sikap tidak serius UMNO yang menetapkan tiada kerjasama dengan BERSATU tetapi masih kekal dalam kerajaan hingga Ogos.

“Sikap kluk klek UMNO adalah punca mereka jadi begini, tak perlu salahkan pihak lain melainkan kepimpinan UMNO sendiri yang lemah. ”

“UMNO jelas tidak serius dalam ketetapan parti mereka sendiri, NO BERSATU tapi kekal dalam kerajaan pimpinan BERSATU hingga Ogos,”

Sikap sedemikian menurut pemuda AMANAH terbabit adalah sikap yang tidak bermaruah.

CATEGORIES