UMNO Sedia Kerjasama Dengan PH Jika PM Adalah Dari UMNO

UMNO Sedia Kerjasama Dengan PH Jika PM Adalah Dari UMNO

Veteran UMNO Kelantan, Rafi Awang Kechik mendedahkan UMNO bersedia kerjasama dengan PH dengan syarat PM perlulah dari UMNO.

Menurut Rafi, jika DAP mahu bekerjasama dengan UMNO, maka perlu sign SD, begitu juga AMANAH dan PKR perlu sign SD.

“Kalau benar DAP nak bekerjasama dengan UMNO, sign SD-lah, bagi seorang daripada MP UMNO itu menjadi Perdana Menteri. AMANAH juga, 11 daripada AMANAH bagi SD. Sama juga dengan PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dulu.”

Rafi turut berpandangan untuk tidak cari Presiden parti tetapi ahli parlimen terbabit.

“Dan kalau boleh kita jangan cari Presiden. Sebab kalau cari Presiden, mungkin Datuk Seri Anwar kata, “Aku pun Presiden”, Lim Guan Eng kata, “Aku Setiausaha Agung ni macam Presidenlah”, Mat Sabu kata, “Aku Presiden”, maka ada 4 orang besar di situ. Kita cari yang lain.”

Beliau juga mencadangkan untuk dicalonkan kembali Najib sebagai PM, dengan DAP 42, PKR 36, sudah jadi 78. AMANAH 11, sudah jadi 89. UMNO, nak 20 saja lagi, 22, 25, Gabungan Parti-Parti Sarawak, boleh mendirikan kerajaan.

CATEGORIES