UMNO Perlu Contohi Kematangan Politik BERSATU

UMNO Perlu Contohi Kematangan Politik BERSATU

Setiausaha Penggerak Komuniti Negara (PKN) Selangor, Muhamad Shazlee Muhamad Nazlee meminta UMNO untuk mencontohi kematangan politik sebagaimana parti BERSATU.

Menurut beliau dalam satu rencana yang diterbitkan oleh portal Malaysianow, PKN Selangor melahirkan rasa penghargaan tinggi kepada Bersatu atas komitmen parti tersebut meneruskan agenda utama memerangi wabak Covid-19 dan memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara.

Menurut Shazlee lagi , agenda kerajaan prihatin difokuskan bagi memastikan ekonomi negara kembali pulih dan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa perlu terjerumus dengan gerakan politik pramatang.

Menurut aktivis tersebut,mereka cukup kecewa terhadap situasi yang berlaku dalam parti Umno yang menurut beliau sepatutnya mendokong aspirasi kerajaan semasa iaitu PN bagi menjayakan polisi kerajaan menanggani wabak Covid-19, kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara berbanding bertindak radikal menekan pembubaran Parlimen supaya Pilihan Raya Umum ke-15 dijalankan segera.

Shazlee menasihat Umno sebagai sekutu kerajaan PN sepatutnya bergandingan usaha bagi menanggani wabak Covid-19, beliau kesal kerana matlamat mengejar kuasa dan kedudukan politik oleh UMNO telah menggelincirkan parti tersebut daripada matlamat menjaga rakyat sekaligus menunjukkan kepincangan politik Umno akibat gerakan politik beberapa individu yang mahu melepaskan diri daripada kes mahkamah.

“Umno dilihat tidak lagi relevan dalam membawa aspirasi rakyat. Parti itu sudah jauh menyimpang daripada matlamat menyelamatkan negara.” , tulis Shazlee diakhir perenggan rencana terbabit

CATEGORIES