UMNO Merayu PAS Kekal Bersamanya Dalam Muafakat Nasional

UMNO Merayu PAS Kekal Bersamanya Dalam Muafakat Nasional

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Razlan Rafii merayu kepada PAS agar kekalkan MN dan kita sama-sama masuk pilihan raya umum (PRU) demi kesatuan yang jitu.

Menurut Razlan dalam laporan oleh portal Malaysiakini, beliau percaya akar umbi PAS juga mahukan Umno terus bersama mencipta kemenangan seperti yang diidamkan semasa kami sama-sama jadi pembangkang.

“Saya percaya”
“Kita merayu demi kesatuan penyatuan ummah kepada PAS,” katanya.

Razlan juga meminta PAS mengenang sewaktu mereka bersama melalui piagam MN.

“Tangisan penyatuan di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) masih segar dalam ingatan setiap orang Melayu. Mereka suka dan gembira dengan kesatuan ini.”

“Bukan datang bergolek, ia bermula di atas pentas ceramah penyatuan ummah, pemimpin Umno naik pentas, mohon maaf kepada ahli PAS, dan pemimpin PAS naik pentas memohon maaf terhadap ahli Umno, terlerai sudah amarah dan kecil hati antara PAS dan Umno.”

Menurut Razlan lagi , perkara itu yang membezakan hubungan PAS dan UMNO berbanding dengan “madu” UMNO iaitu BERSATU.

Membawa nada sama, pengerusi UMNO Kelantan, Ahmad Jazlan pula berharap PAS boleh lebih tegas dengan pendirian mereka berhubung keadaan semasa UMNO dan BERSATU.

Menurut beliau, PAS perlu memutuskan untuk kekal sebagai rakan komponen Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu atau mempertahankan gagasan Muafakat Nasional (MN) bersama Umno.

PAS pula dilihat enggan berpihak dalam perselisihan UMNO BERSATU sebaliknya cuba mahu menjadi pendamai.

CATEGORIES