UMNO Kuala Nerus Bertegas Tolak Kedudukan Dalam JPKK

UMNO Kuala Nerus Bertegas Tolak Kedudukan Dalam JPKK

Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusuff mendedahkan beberapa Ketua UMNO Cawangan telah dihubungi oleh pihak kerajaan negeri melalui Pusat Khidmat DUN bagi tujuan perlantikan wakil UMNO ke dalam Jawatakuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi tahun 2021.

Walau bagaimanapun UMNO Bahagian Kuala Nerus kekal dengan keputusan yang telah dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, YB Dato’ Seri Ahmad Said sebelum ini bahawa kepimpinan UMNO di peringkat Cawangan akan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri TETAPI tidak akan menduduki sebarang jawatan dalam JPKK.

Menurutnya lagi dalam satu kenyataan, Keputusan ini dibuat sebagai menghormati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang memilih PAS untuk mentadbir negeri serta menjimatkan kewangan kerajaan kerana tidak perlu membayar elaun menyuarat bulanan dan elaun kehadiran program kepada ahli-ahli jawatakuasa yang mahu dilantik.

UMNO Bahagian Kuala Nerus akan terus memberi kerjasama kepada pihak kerajaan negeri khususnya dalam usaha membantu rakyat yang terjejas akibat pendemik Covid-19.

CATEGORIES