UMNO KT Cadang 4 Penambahbaikkan BERKAT 3.0

UMNO KT Cadang 4 Penambahbaikkan BERKAT 3.0

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu, Najmil Faiz Mohd Aris mencadangkan kepada kerajaan negeri 4 pembaikkan dalam inisiatif BERKAT 3.0.

Menurutnya, setelahKerajaan telah memutuskan untuk menyambung tempoh PKP 3.0 sehingga 28 Jun. Pihak kerajaan negeri Terengganu perlu menambah peruntukan terhadap program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 3.0 (BERKAT 3.0) bagi membantu meringankan beban rakyat ketika menghadapi lockdown.

“Saya percaya pihak kerajaan negeri Terengganu mampu menambahbaik inisiatif BERKAT 3.0 ini bagi memastikan lebih ramai golongan akan memperoleh manfaat daripada program ini kerana menurutnya,tahun 2019 sahaja, Terengganu memperoleh RM1.277 bilion Wang Tunai Petroleum (WTP) dari kerajaan Persekutuan.”

Empat cadangan penambahbaikan yang diutarakan adalah memberi bantuan one off sebanyak RM500 kepada pemandu van dan bas sekolah, pengusaha kantin, pengusaha kedai gunting rambut, iman, bilal, ketua kampung, pengusaha homestay dan mereka yang terjejas.

Selain itu, Najmil juga mahu kerajaan Menambah peruntukan dalam bakul makanan supaya lebih ramai golongan terjejas dapat menikmatinya serta menambah bantuan peranti atau “tablet” kepada ibu bapa B40 supaya memudahkan PdPR.

Dan cadangan keempat adalah untuk kerajaan negeri Membeli Covid Test RTK Antigen supaya lebih banyak saringan Covid-19 dapat dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Negeri.
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

CATEGORIES