UMNO Kesal Ku Li Adakan Sidang Media Bersama Mahathir

UMNO Kesal Ku Li Adakan Sidang Media Bersama Mahathir

UMNO melahirkan rasa kesal apabila Pengerusi Penasihat UMNO, Tengku Razaligh Hamzah mengadakan sidang media bersama Dr Mahathir Mohamad untuk mengajak ahli parlimen menolak Belanjawan 2021.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan, tindakan Ku Li itu jelas bertentangan dengan disiplin parti, bukan sahaja kerana tidak mengikut saluran yang betul bahkan tindakan terbabit telah mengelirukan ahli UMNO berhubung pendirian mereka mengenai Belanjawan 2021.

“Sebagai orang muda dalam parti, sudah tentu saya hormat orang lama. Tetapi saya benar-benar tidak faham apa keperluan seorang ahli parlimen Umno yang senior, berpengaruh dan bertaraf penasihat tanpa segan silu buat sidang media bersama pembangkang.

“Kesannya bukan kecil, (ia) kelirukan orang di bawah (mengenai) apa sebenarnya stand Umno, tak menghormati disiplin parti yang memutuskan untuk sokong belanjawan” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Shahril turut menempelak Tengku Razaleigh sebagai tidak menghormati disiplin Umno dengan mengadakan sidang media politik bersama pemimpin besar parti lawan.

CATEGORIES