UMNO Kelantan Tidak Rela Bermadu, Minta PAS Pilih, Dirinya Atau Bersatu

UMNO Kelantan Tidak Rela Bermadu, Minta PAS Pilih, Dirinya Atau Bersatu

UMNO Kelantan mendesak PAS membuat keputusan yang jelas sama ada mahu bersama dengan Umno atau Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Satu kenyataan media dikeluarkan pada hari ini, membuat gesaan terbabit.

Setiausaha Umno Kelantan Akbar Salim berkata, usul terbabit dipersetujui 12 daripada 13 ketua Umno bahagian. Pada masa yang sama usul terbabit juga bersetuju supaya parti itu memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Bersatu.

“Mesyuarat juga memutuskan hubungan dan kerjasama dengan parti Bersatu. Sebagaimana usul yang diluluskan dalam 12 mesyuarat perwakilan bahagian daripada 13 bahagian yang bermesyuarat.

“Kita juga meminta parti PAS membuat keputusan jelas dan segera sama ada bersama Umno atau bersama Bersatu dalam menghadapi PRU15,” katanya dalam kenyataan media di Kota Bharu, hari ini.

Umno Kelantan juga menegaskan bahawa mereka mendukung kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti yang dipilih secara demokrasi.

Tambahnya, Umno Kelantan beranggapan pendirian yang dibuat oleh bahagian Ketereh terhadap Ahmad Zahid sebelum ini sebagai kes terpencil.

“Pendirian Umno bahagian Ketereh yang dihantar kepada pesiden adalah kes terpencil kerana tidak melalui badan perhubungan Umno negeri,” katanya.

CATEGORIES