Ulama parti politik didakwa ceraikan isteri melalui whatsapp setelah nikah tanpa daftar

Ulama parti politik didakwa ceraikan isteri melalui whatsapp setelah nikah tanpa daftar

Tular tangkap layar perbualan dalam aplikasi Whatsapp mengenai seorang ketua dewan ulama sebuah parti politik yang bertindak bernikah tanpa mengikut prosedur iaitu dengan berkahwin di masjid tanpa mendaftarkan perkahwinan sebelum upacara akad nikah.

Tindakan tersebut adalah bersalahan dengan enakmen undang-undang shariah negeri namun ia tetap berlangsung di rumah pengantin perempuan berdekatan dengan masjid Bandar Universiti Seri Iskandar.

Ketua Dewan Ulama terbabit berjanji untuk mendaftarkan perkahwinan di Kelantan namun tidak melakukan tindakan tersebut yang dijanjikan hingga menyebabkan wanita tersebut terkontang kanting.

Selepas setahun, tanpa pendaftaran perkahwinan dilakukan, ketua dewan ulama terbabit telah menceraikan wanita terbabit melalui aplikasi Whatsapp

 

CATEGORIES