Ukur baju di badan sendiri wahai BERSATU – tegas Pemuda UMNO Terengganu

Ukur baju di badan sendiri wahai BERSATU – tegas Pemuda UMNO Terengganu

Ketua pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera meminta BERSATU untuk mengukur baju di badan sendiri apabila pemimpin BERSATU Terengganu, Razali Idris mencela Asyraf Wajdi sebagai pemimpin cap ayam.

Menurut Tengku Haphiz,kenyataan Asyraf Wajdi merupakan satu nasihat kepada BERSATU supaya menghormati hubungan rakan parti di dalam *KERAJAAN* Perikatan Nasional dengan tidak men’curi’ dan mem’beli’ ahli UMNO.

Namun beliau kesal kerana rayuan Asyraf Wajdi ini tidak diendahkan malah Bersatu mengambil sikap terus mendabik dada.

Menurut Tengku Haphiz lagi, beliau boleh mengambil sikap terbuka untuk memahami kenyataan emosi pimpinan² Bersatu sekiranya mereka telus dengan membuktikan bahawa Bersatu tidak pernah melakukan perkara yg disebut oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia namun beliau ingin bertanya pada pimpinan BERSATU adakah merekamenyedari bahawa 2 orang Ahli Jawatankuasa UMNO Hulu Terengganu telah meletakkan jawatan dan menyertai Bersatu Hulu Terengganu selepas Kerajaan Perikatan Nasional terbentuk?

Menurut Tengku Haphiz, perpindahan mereka ini menjadi lebih musykil apabila dilantik sebagai pegawai Ahli Parlimen Hulu Terengganu, merangkap Timbalan Menteri KPDNHEP selepas itu. Umum juga mengetahui bahawa Ahli Parlimen Hulu Terengganu adalah proksi UMNO ketika PRU14 dan berpindah kepada Bersatu semasa kerajaan Pakatan Harapan.

Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu mengalukan Ketua Penerangan Bersatu untuk menyaman Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Wajdi Dusuki sekaligus membuka ruang pihak berkuasa menyiasat sedalam-dalamnya perkara tersebut.

Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu juga bersedia untuk melaporkan kepada pihak SPRM bagi menyiasat beberapa kes perpindahan ahli UMNO kepada Bersatu di seluruh Terengganu kerana bukti yang diperolehi, mereka percaya terdapat unsur integriti yang meragukan menjurus kepada amalan rasuah.

CATEGORIES