TVDI buang video sidang media dedah penyelewengan Taman Ilmu Tembila Besut.

TVDI buang video sidang media dedah penyelewengan Taman Ilmu Tembila Besut.

KUALA TERENGGANU: – TV Darul Iman (TVDI) telah membuang video rakaman siaran langsung yang mendedahkan penyelewengan dan tuntutan projek mega Taman Ilmu Tembila Besut.

Tindakan tersebut dilakukan kerana dipercayai TVDI mendapat tekanan dari pihak atasan yang tidak senang dengan pendedahan kandungan sidang media itu yang menunjukkan kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan hal penyelewengan Taman Ilmu Tembila.

Sidang media tersebut telah diadakan pada Khamis baru baru ini pada jam 11 pagi di Raia Hotel & Convention Centre (TH Hotel) di Kuala Nerus.

Segala fakta dan bukti didedahkan oleh peguam Dato’ Abu Backer Sidek dan bekas pengarang pemegang saham POSCTI.

“saya ada terima link video ini melalui aplikasi whatsapp dan telah menonton semasa live tersebut Khamis baru baru ni, namun pagi ini apabila saya nak tonton semula, dah tak dapat dah” ujar seorang peniaga dari Setiu yang namanya tidak mahu disebut disini.

“Semasa saya tonton hari tu (khamis), agak terkejut juga kerana ia adalah pendedahan kelemahan kerajaan BN sebelum ini, dan belum diambil tindakan oleh kerajaan PAS sekarang”

“Hari ini apabila saya nak tunjukkan kepada rakan saya di kampung tentang pendedahan itu, saya dapati dah hilang video ini, jadi saya syaki TVDI dah buang video ini kerana nampak sangat kerajaan sekarang tak buat apa apa untuk atasi penyelewengan itu” adu beliau kepada TerengganuFokus.

“Saya ingatkan kerajaan PAS dah ambil tindakan sebab hal ini lama dah sebenarnya, saya undi PAS juga dulu sebab penyelewengan oleh UMNO dalam isu seperti inilah”

“Tapi kalau macam ni, sama jelah PAS dengan UMNO ni”

CATEGORIES
TAGS