Tun Mahathir Tidak Setuju Darurat – Dakwa Langkah Muhyiddin Kekal Kuasa

Tun Mahathir Tidak Setuju Darurat – Dakwa Langkah Muhyiddin Kekal Kuasa

Darurat tidak akan dapat menghentikan penularan wabak Covid-19 lebih baik daripada apa yang ada sekarang, sebaliknya hanya memberikan kuasa tambahan kepada perdana menteri, kata bekas Pengerusi BERSATU, Tun Mahathir.

Menurut Mahathir apa yang dilakukan Muhyiddin Yassin selama ini gagal mengurangkan masalah politik, ekonomi dan sosial walaupun presiden Bersatu itu mempunyai ramai anggota kabinet namun tidak menyumbang apa-apa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Mahathir juga persoal apa yang darurat boleh lakukan untuk menghentikan wabak lebih daripada apa yang kita buat sekarang yang menurut tiada apa.

Menurut Mahathir sebelum ini pun Covid-19 dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menangguhkan sidang parlimen, memendekkan sidang dan mengelak daripada perbahasan kini sekali lagi ia dijadikan alasan untuk mengisytiharkan darurat. Tetapi kuasa kerajaan hari ini memadai untuk menangani wabak tersebut.

Menurut Mahathir, kerajaan hari ini bukannya berdepan dengan bantahan rakyat kepada perintah kawalan pergerakan seperti yang berlaku di AS dan Eropah kerana rakyat Malaysia secara umumnya sentiasa mematuhi semua larangan seperti PKP, namun apabila berdepan dengan kemungkinan digulingkan, perdana menteri mahukan kuasa di bawah perintah darurat.

“Satu-satunya keuntungan akan memihak kepada perdana menteri, kerana parlimen akan lumpuh. Dia akan mendakwa bahawa itu adalah kehendak istana,” katanya.

CATEGORIES