Tun Mahathir Perlu Berehat Politik – Azmin Ali

Tun Mahathir Perlu Berehat Politik – Azmin Ali

Anwar dan Tun Mahathir perlu berehat dari politik, itulah berupa pandangan Bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam laporan oleh Malaysiakini.

Azmin sebelum itu respon soal persoalan yang sering ditanya kepada beliau iaitu adakah dia selesa bersama PAS dan UMNO, menurut Azmin Selepas berdekad bersama-sama Presiden PKR Anwar Ibrahim, dia kini lebih selesa bekerjasama dengan Umno dan PAS.

Azmin juga akui sudah bosan diheret ke tengah-tengah perseteruan Anwar dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu membuatkannya keluar PKR dan menyokong penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menurutnya sebuah kerajaan stabil yang berupaya memenuhi kehendak rakyat.

“Rakyat menderita di bawah, rakyat susah di bawah, hari-hari dia (Anwar) tanya bila aku nak jadi perdana menteri. Yang si Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) kata tunggulah bagilah aku enam bulan lagi, (Anwar) tak (setuju), (minta) tetapkan tarikh.

“Tuan-tuan, 20 tahun kami bincang siapa nak jadi perdana menteri, cukuplah tak ada kerja lain,” katanya lagi yang turut berpandangan bahawa Anwar dan Mahathir perlu berehat daripada politik.

Pautan sumber : https://www.malaysiakini.com/news/541484

CATEGORIES