Tuduh Mahasiswa Menipu, Timbalan Menteri Minta Maaf

Tuduh Mahasiswa Menipu, Timbalan Menteri Minta Maaf

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin petang tadi memohon maaf kepada mahasiswa yang viral sebelum ini kerana terpaksa panjat pokok untuk dapatkan akses internet.

“Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial”, tulis Zahidi di akaun Facebook.

Menurut Zahidi, dia telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan sehingga menuduh Veveonah Mosibin sebagai menipu dan hanya mengejar publisiti sebagai youtuber.

CATEGORIES