Tindakan Menteri Tidak Kuarantin Diri Dikritik Warga Media Sosial

Tindakan tidak menjalani kuarantin 14 selepas pulang dari luar negara yang dilakukan oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali, dipersoalkan oleh warga media sosial.

Salah seorang yang dikenali sebagai PI Badrul Jeffri dalam komennya di Facebook meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan menteri tersebut.

“Negatif tak negatif…tetap kena kuarantin 14 hari..rakyat biasa yg kena kuarantin tu pon bukannya semua positif covid…sebahagian besar negatif covid..tapi tetap kena kuarantin 14 hari…”tulisnya.

Menteri perlu bertanggungjawab dan menghormati tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dalam mengekang penularan jangkitan covid-19 ini.

Menteri juga seharusnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat.

CATEGORIES