Timbalan Menteri Salah Guna Kuasa Menang Pemilihan BERSATU

Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham yang tercemar dengan salah guna kuasa sebelum ini dengan menulis surat kepada Menteri Pertahanan minta melantik anaknya sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga menang undi tertinggi pemilihan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.

Terdahulu, Ikmal menjadi sasaran kemarahan rakyat apabila tular sepucuk surat dari beliau kepada Menteri meminta anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

Setelah mendapat kecaman hebat, beliau kesal surat itu tular dan kemudiannya memohon maaf.

Turut menang sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi adalah dua bekas ahli parlimen UMNO yang lompat iaitu Mustafa Muhammad dan Rosol Wahid menjadikan 3 bekas pemimpin UMNO yang lompat menduduki jawatan ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu.

CATEGORIES