Timbalan Menteri PAS Akui Tersilap Fakta Dakwa Palestin Tarik Diri Expo Dubai 2020

Timbalan Menteri PAS Akui Tersilap Fakta Dakwa Palestin Tarik Diri Expo Dubai 2020

Ahli parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim akhirnya mengakui kesilapan dalam kenyataan awal beliau dalam respon kepada tuntutan AMANAH Terengganu untuk Malaysia menarik diri dari Expo 2020 Dubai UAE.

Amzad mengakui silap memetik kenyataan yang mengatakan Palestin menyertai Expo terbesar itu dengan membuka Pavillion lebih 1,250 meter persegi di tapak eskpo berkenaan dan menyindir Pemuda AMANAH Terengganu yang membantah penyertaaan Malaysia di Expo Dubai 2020 kerana Palestin tidak menyertainya.

Amzad menyindir Pemuda AMANAH sebagai “Dah lebih Palestin dari negara Palestin sendiri agaknya..”

Namun apabila kenyataan beliau dibetulkan kembali, Amzad kemudiannya membetulkan kembali fakta yang dibawanya sebelum ini.

“Saya perlu perbetulkan fakta Ekspo Dubai 2020 yang silap dipetik berkenaan penyertaan Palestin.

“Palestin telah menarik diri dari Ekspo berkenaan melalui pengumuman mereka pada Ogos 2020.

“Semua rujukan kepada fakta yang silap itu saya tarik balik dan perlu dibetulkan.

“Saya berterima kasih berkenaan pembetulan maklumat berkenaan dan mengambil maklum.

Namun Amzad memaklumkan Malaysia masih akan menyertai EXPO terbabit sebagaimana disebut di parlimen.

CATEGORIES