Tidak Percaya UMNO, Khalid Seru Anwar, Mahathir Duduk Semeja

Tidak Percaya UMNO, Khalid Seru Anwar, Mahathir Duduk Semeja

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad masih berharap Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sekali lagi mengetepikan perbezaan politik antara mereka demi kepentingan negara dan meminta kedua-dua pemimpin itu wajar duduk semeja untuk berunding selain merapatkan kembali Pakatan Harapan (PH).

Menurut Khalid, jurang perbezaan antara dua negarawan terbabit sangat merugikan PH, menurut beliau lagi, kali terakhir mereka duduk bermesyuarat bersama adalah pada Jun dan sehingga kini masih tidak bertemu lagi dalam perbincangan bersama.

Ahli parlimen Shah Alam itu juga turut menimbulkan soal keihkhlasan sokongan sekumpulan anggota parlimen Umno terhadap Anwar dan mendakwa pergolakan politik yang tidak menentu ketika ini membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi perdana menteri termasuk bekas perdana menteri Najib Razak.

Mengulas lanjut Khalid berkata, Muhyiddin akan dilihat sangat lemah jika menuruti tuntutan Umno bagi memastikan dia kekal sebagai perdana menteri.

“Bulan ini Umno minta jawatan timbalan perdana menteri dan menteri-menteri kanan, enam bulan kemudian akan minta lain pula yang akhirnya mahu jawatan perdana menterilah,” katanya.

CATEGORIES