Tidak Jadi Sertai PAS, Cikgu Jaafar Sertai BERSATU

Tidak Jadi Sertai PAS, Cikgu Jaafar Sertai BERSATU

Bekas Ahli Jawatankuasa AMANAH Negeri Selangor, Jaafar Samsudin hari ini menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari di pejabatnya di Plaza Masalam.

Sebelum ini dapat pengumuman khas dari Badan Perhubungan Pas Selangor yang mendakwa seorang bekas pemimpin AMANAH akan menyertai parti itu namun setelah beberapa jam Siaran Langsung pengumuman itu keudara, kelibat ‘bekas pemimpin AMANAH’ dipercayai Jaafar tidak muncul.

Jaafar memaklumkan penyertaan ke dalam BERSATU sebagai sokongan terhadap kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai pemimpin yang bersifat sederhana dan menjaga kebajikan rakyat.

Pengumuman keluar parti ini merupakan kali kedua oleh Jaafar setelah kali pertama dilakukan pada April 2018.

CATEGORIES