Tiada Nama Layak Dari UMNO Untuk Jawatan TPM

Tiada Nama Layak Dari UMNO Untuk Jawatan TPM

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam masih gagal memuktamadkan satu nama dari UMNO untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri walaupun ia perkara utama yang dibincangkan semalam.

Perkara ini akan memperlihat sisi kelemahan UMNO yang gagal untuk menghantar nama calon walaupun mereka sendiri yang mendesak supaya Muhyiddin melantik seorang timbalan perdana menteri dari parti UMNO.

Menurut laporan Malaysiakini, sumber parti yang menghadiri mesyuarat itu mengatakan bahawa mereka telah membincangkan mengenai calon untuk mengisi jawatan itu tetapi tiada keputusan dibuat walaupun diakui salah seorang MT yang hadir bahawa tiga nama yang mungkin diketengahkan ialah Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob, dan Ahli Pparlimen Sembrong Hishammuddin Hussein.

Malaysiakini turut melaporkan bahawa sebilangan ahli MT Umno mendesak agar Zahid menjadi calon timbalan perdana menteri namun desakan ini mungkin tidak akan dilayan Perdana Menter yang berikrar kabinetnya mestilah bersih dari kes mahkamah rasuah di mahkamah.

Pun begitu, walaupun tiada keputusan mengenai calon TPM, namun UMNO menyatakan bahawa menteri Umno sekarang akan kekal dalam pemerintahan kerajaan namun mendesak PRU diadakan segera setelah situasi Covid19 terkawal.

Hubungan UMNO dan BERSATU menjadi keruh kurang 7 bulan setelah bersama dikatakan setelah UMNO gagal mendapatkan jawatan ketua menteri Sabah yang dipercayai diimpikan Umno pada pilihan raya negeri bulan lalu dan merasakan telah dibuli oleh BERSATU.

Semenjak itu kerajaan Muhyiddin yang memiliki hanya 2 majoriti menjadi sangat tidak stabil.

CATEGORIES