Teruskan Tradisi UMNO – Timbalan Presiden BERSATU Mungkin Mengisi Jawatan TPM?

Teruskan Tradisi UMNO – Timbalan Presiden BERSATU Mungkin Mengisi Jawatan TPM?

Timbalan Presiden BERSATU, Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan mungkin beliau akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Meteri setelah disingkirkan dari jawatan menteri besar Perak semalam.

Ahmad Faizal dalam sidang media petang tadi mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama Exco kerajaan Negeri turut mengungkapkan ” “Jumpa di Seri Satria nanti,”

’Seri Satria’ merupakan nama kepada kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya yang kini diduduki oleh Menteri Kanan Ekonomi, Azmin Ali.

Adalah tidak pelik sekiranya Faizal Azumu diangkat sebagai timbalan perdana menteri Malaysia kerana sepanjang pentadbiran UMNO Barisan Nasional, jawatan timbalan perdana menteri adalah dari parti sama dengan perdana menteri iaitu UMNO.

Sebagai seorang tokoh pemimpin Negeri dan juga timbalan presiden parti BERSATU, Faizal dikatakan layak untuk menduduki jawatan terbabit.

Politik negeri Johor sedikit bergolak apabila Adun Kubu Baru dari UMNO membawa usul percaya kepada Menteri Besar, namun dipercayaai menolak secara beramai ramai usul terbabit sekaligus membawa natijah tersingkirnya Faizal sebagai Menteri Besar Perak.

CATEGORIES