Terima anugerah Datuk Seri ketika sedang bercuti 55 hari di New Zealand

Terima anugerah Datuk Seri ketika sedang bercuti 55 hari di New Zealand

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Santhara Kumar hari ini sekali lagi dikecam netizen kerana turut menerima anugerah sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari lalu sedangkan pada masa tersebut beliau sedang bercuti di New Zealand.

Dalam beberapa hantaran di Facebook dan Twitter, Santhara Kumar disindir oleh netizen gara gara kenyataan media beliau yang merasionalkan percutiannya ke New Zealand setelah didedahkan oleh Ahli Parlimen Batu sebelum ini.

Netizen rata rata tidak berpuas hati dengan tindakan Santhara Kumar yang diberi cuti dan diberi kebenaran merentas negara sedangkan pada masa ini negara sedang berada dalam tempoh melawan COVID 19 dan dilarang untuk merentas negeri dan daerah (bagi kawasan tertentu)

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu sebelum ini telah mengaku memohon cuti selama 55 hari untuk bertemu dengan keluarganya yang berada di New Zealand. Beliau dfahamkan telah berada di sana sejak akhir tahun lepas.

Tindakan itu beliau pertahankan kerana telah mengikut prosedur yang sedia ada dan telah diluluskan oleh Perdana Menteri

CATEGORIES