Terengganu Umum Bantuan RM100K Kepada Persatuan

Terengganu Umum Bantuan RM100K Kepada Persatuan

Kerajaan Negeri Terengganu bertindak membela rakyat Terengganu di perantauan dengan menyalurkan peruntukan berjumlah RM100,000 kepada Sekretariat Kepimpinan Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan.

Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga merupakan Exco kerajaan negeri berkata, ia merupakan usaha jitu daripada pihak kerajaan negeri untuk membela kebajikan perantau Terengganu.

“Menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri kepada seluruh anak Terengganu yang berada di perantau dengan harapan ia akan memberi kebaikan dan manfaat yang mampu membantu meringankan beban dialami mereka,” katanya kepada portal TRDI

Pun begitu, rata rata netizen mempersoalkan pengumuman peruntukan tersebut tanpa penjelasan bagaimana peruntukan itu boleh sampai kepada mereka.

Haikal Mohd antara yang komen di Facebook MB, mempersoalkan jumlah terbabit untuk berapa penerima dan minta senarai penerima kerana bimbang melalui persatuan matlamat untuk membela tersebut tidak akan tercapai.

“100K untuk berapa org tu ? Anak perantau ni ramai. Kalau duit masuk ke persatuan baik xpayoh buii. Mohon tunjukkan senarai penerima bantun tu.”

Mohd Al Fuad pula mendakwa duit yang ke persatuan biasanya tidak tahu kemana hala tuju duit tersebut akhirnya;

“Biasanya duit masuk ke persatuan.. Lepas tu xthu lah ke mana hala tuju.
Mcm biasa, umum.. Tp perincian xdok.. Xthu ke mana perginya..”

Az Ri pula mempersoalkan setakat umum tanpa perincian untuk memohon hanya sia sia.

“Stkt umum ni.. perincian tadok. Supe mcm dok umum” tulis Azri

Ahmad Zahir pula bertanya cara memohon kerana tiada disebut kaedahnya.

“Gane nk mohon tu? Ade kne isi nape2 atau jumpe sape2 ke?”

CATEGORIES