Terengganu Tarik Balik Pelantikan 40 Guru?

Terengganu Tarik Balik Pelantikan 40 Guru?

Seramai 40 individu yang ditawarkan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara Ad-Hoc, ditarik balik pelantikan tersebut oleh kerajaan negeri.

Menurut kenyataan dari Terengganu Report, semua guru berkenaan akan ditempatkan di Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI), Madrasah Moden Terengganu dan Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu.

Dalam surat itu, pegawai-pegawai berkenaan diminta melaporkan diri pada 13 Januari 2021 pukul 8.00 pagi di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman.

Kegembiraan bakal guru hanya bertahan sekejap sahaja apabila kerajaan negeri pada 7 Januari 2021 menarik semua pelantikan tersebut dalam satu surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, sebab-sebab penarikan itu tidak dinyatakan.

Namun, menurut sumber penarikan itu dilakukan atas desakan politik kerana anak-anak dan saudara mara wakil-wakil rakyat tidak tersenarai dalam jawatan itu.

CATEGORIES