Terengganu ni tanah subur , banyak lagi balak yang besar-besar

Terengganu ni tanah subur , banyak lagi balak yang besar-besar

Kakitangan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Husaif Mamat menafikan dakwaan kayu balak besar yang ditebang tular baru baru ini merupakan cengal terbesar yang menurutnya sebagai fitnah.

“Banyak ‘cakap-cakap’ menyebut balak yang ditebang adalah kayu cengal terbesar di Malaysia.
Dakwaan itu adalah salah dan fitnah.” tulis Husaif dalam laman Facebooknya.

Menurutnya, kayu yang ditebang adalah dari kawasan pengeluaran bukan kawasan perlindungan iaitu kompartmen 80, Hutan Simpan Sungai Nipah, kayu cengal terbesar di Malaysia pula berada di kompartmen 5, kawasan perlindungan di Hutan Simpan Pasir Raja.

Menurutnya lagi, untuk mengangkut balak terbesar, sebanyak 27 lori diperlukan.

Dia turut menafikantuduhan tak mendapat kelulusan dan tak dibayar cukai sebagai salah, dah telah dijawab oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu bahawa balak itu diperiksa, dilulus dan dicukai.

“Kayu yang dibawa keluar adalah dari pada kawasan usahasil iaitu kawasan pengeluaran yang diberi lesen untuk dibawa keluar hasil dari kawasan simpan.”

“Selepas kawasan kompartmen 80 dibersihkan atau ditebang balak ia akan dibangunkan sebagai kawasan tanaman sawit sekali gus membuka peluang kerja buat rakyat dan hasil baru kepada kerajaan, usaha yang baik daripada kerajaan terdahulu.”

Kakitangan UPDI itu juga turut persoalkan kehendak beberapa pihak yang mahu kerajaan membatalkan kelulusan terbabit dan persoalkan kembali kenapa ia perlu dibatal.

“Ada yang tanya, kenapa kerajaan sekarang tak batal? jawabnya kerana tertakluk kepada undang-undang. Tetapi nak tanya balik, kenapa perlu batal?”

Kerana menurutnya, masih banyak kawasan yang dijaga dan diwartakan untuk tidak dilakukan sebarang aktiviti pembalakan atau disebut sebagai kawasan perlindungan.

Husaif turut mendakwa orang ramai mungkin ‘trigger’ sebab balak besar,namun meminta untuk tidak pandang rendah pada Terengganu ,kerana Terengganu memiliki tanah subur, banyak lagi balak yang besar-besar.

“Mungkin orang ‘trigger’ sebab balak besar, jangan pandang rendah kat Terengganu ya, Terengganu ni tanah subur 😂, banyak lagi balak yang besar-besar, tak caye mai la sini.”

CATEGORIES