Tengku Razaligh Desak Ahli Parlimen UMNO Berundur dari Kerajaan

Tengku Razaligh Desak Ahli Parlimen UMNO Berundur dari Kerajaan

AhlI parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno mengesa ahli parlimen Umno yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional segera menarik diri dari kerajaan.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan ahli parlimen itu, gesaan itu kerana tindakan Bersatu membuka keanggotaan kepada bukan Bumiputera menjadikan parti itu tidak lagi layak berada dalam “pakatan Melayu-Islam yang didukung Muafakat Nasional (MN)”.

“Umno tidak pernah menjadi anggota kerajaan PN, (sebaliknya) hanya memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan ini untuk menjaga dan memelihara kestabilan politik negara.

“Dengan berlakunya perubahan yang diumumkan oleh Bersatu, wajar ahli-ahli Umno yang menganggotai kabinet berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang,”

Terdahulu, Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin mencadangkan penubuhan sayap baru dalam parti itu bagi membolehkan ahli bersekutu bukan Melayu memegang jawatan selepas Azmin bersama beberapa bekas ahli parlimen Keadilan mengumumkan untuk menyertai BERSATU.

Cadangan tersebut dilibat bagi memberi tempat kepada bekas ahli parlimen Keadilan tersebut.

Sehubungan dengan itu Tengku Razaleigh mendesak tindakan (menarik dari dari kabinet) patut dilakukan secepat mungkin agar masa tidak terbuang.

CATEGORIES