TDM gagal patuhi akta SSM ?

TDM gagal patuhi akta SSM ?

Anak Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, TDM Berhad dipercayai gagal menghantar Annual Return dari tahun 2017 sehingga tahun 2019. Tindakan ini sekaligus telah melanggar Akta SSM Seksyen 68 (1) iaitu Gagal menyerahsimpan penyata tahunan.

Lebih memburukkan keadaan, sumber turut memaklumkan TDM juga belum menghantar Laporan Audit Kewangan 2019 walaupun sepatutnya dihantar selewatnya Jun 2020, namun hingga September 2020 masih belum dihantar. Tindakan ini juga melanggar Akta SSM Seksyen 259 (1)(a).

Kegagalan menghantar kedua-dua perkara tersebut adalah tanda kegagalan pengurusan TDM Bhd yang tidak cermat sehingga TDM berisiko dikenakan kompaun.

Laporan kewangan TDM pada tahun 2018 juga menyaksikan TDM kerugian sebelum dan selepas cukai berbanding tahun 2017.

Ini membuktikan kerajaan PAS Terengganu tidak berkemampuan malah jelas gagal mentadbir anak syarikat dengan telus dan profesional.

CATEGORIES