Tak Perlu Risau Sokongan Pada PM Turun Asal Bukan 0% – Razali Idris

Tak Perlu Risau Sokongan Pada PM Turun Asal Bukan 0% – Razali Idris

Pengerusi PPBM Terengganu, Razali Idris menganggap kemerosotan sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menurut satu kaji selidik bebas dianggap sebagai satu perkara biasa yang tidak harus dibimbangkan.

Beliau berkata dipetik portal freemalaysiatoday,, sokongan 51% seperti dilaporkan adalah memadai ketika ini susulan penularan Covid-19, selain terdapat segelintir pihak cuba “menghidupkan api kebencian” dengan mengadakan protes yang tidak berasas.

“Banyak perkara baik dilakukan kerajaan sekarang, (sebab itu) majoriti masih sokong perdana menteri. Angka di atas 50% itu cukup memadai dalam keadaan ketika ini,” katanya kepada FMT.

Kata beliau, apa yang perlu dirisaukan adalah sekiranya sokongan menjunam kepada 0%, selain menganggap turun naik sokongan sebagai perkara biasa yang turut dialami pemimpin sebelum ini.

Menurut Razali, prestasi kerajaan PN kini sebenarnya lebih baik berbanding ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) diketuai Dr Mahathir Mohamad.

Malah, pelbagai inisiatif dan pakej rangsangan ekonomi diperkenalkan untuk menyokong ekosistem ekonomi khususnya rakyat B40 yang paling terkesan berdepan Covid-19.

“Mahathir apa dia buat masa mula-mula Covid-19 menular dalam negara? Tiada apa-apa. Bila PN buat macam-macam (dia) serba tidak kena. Kita kena sedar, ketika ini rakyat masih boleh buat kerja, majoriti masih setuju (kepada kerajaan).

“Walaupun ada beberapa perkara tidak dipersetujui tetapi itu biasa. Bukan semua kerajaan sempurna,” katanya.

CATEGORIES