Tak Pakai Pelitup Muka, Nik Abduh Puji Khairuddin

Tak Pakai Pelitup Muka, Nik Abduh Puji Khairuddin

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz memuji tindakan Khairuddin Aman Razali yang tidak memakai pelitup muka kerana menurutnya Khairuddin menunjukkan kepada orang ramai untuk bezakan tempat sesak yang wajib pakai dan tempat tidak sesak yang tidak wajib pakai.

“Sahabat tanya saya perihal YB Dato Mohd Khairuddin, Menteri Sawit dan Getah itu, apasal tak pakai pelitup muka sampai kena hentam di ruang maya?”

“Saya jawab, baguslah beliau tak pakai. Beliau tunjukkan kita dan bezakan tempat yang sesak yang wajib pakai dari tempat yang tidak sesak yang tak wajib pakai pelitup muka.”

Nik Abduh turut mengesa orang ramai tidak terpengaruh dengan aktiviti pembodohan minda rakyat melalui penyebaran gambar Khairuddin tidak memakai pelitup muka.

“Usah terpengaruh dengan bebudak PH yang secara terancang viralkan gambar-gambar YB Menteri yang tak pakai pelitup muka. Itu semua aktiviti pembodohan terhadap minda rakyat.”

Khairudin sebelum inni menjadi mangsa propaganda PH yang menviralkan kegagalan dia untuk kuarantin setelah pulang dari Turki.

CATEGORIES