Syed Saddiq Minta Parti Politik Berdamai

Syed Saddiq Minta Parti Politik Berdamai

Pengasas parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta kesemua parti politik untuk berdamai sementara wabak koronavirus (Covid-19) melanda negara. Pendamaian yang dikenali sebagai #PauseMalaysia penting menurut Saddiq kerana Malaysia sedang berhadapan peningkatanjangkitan wabak Covid 19

Tambah Saddiq, sebarang peralihan kuasa atau kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) harus dihentikan dalam tempoh ini.

“Tempoh berdamai antara semua parti politik kerana situasi kini amatlah mendesak rakyat. Rakyat sedang menderita. Janganlah ada lagi perebutan kuasa dari mana-mana parti politik dalam tempoh ini.

“Tidak ada PRU selagi ancaman Covid-19 masih berleluasa di Malaysia. Pihak kerajaan, pembangkang dan Bebas (perlu) duduk semeja, wujudkan satu kerjasama melebihi kepartian dalam meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan nombor satu. Anda bergaduh, rakyat sengsara,” ciapnya di Twitter beliau hari ini.

Namun rata rata tidak bersetuju dengan gesaan Saddiq dan hashtag”moving forward” diperkenalkan bagi menyanggah seruan tersebut.

Ramai melihat Malaysia tidak harus ditadbir dengan lemah, dan seharusnya kerajaan yang kuat mampu menyelesaikan permasalahan yang melanda negara dengan lebih baik berbanding kerajaan yang lemah.

CATEGORIES