Syahir Sulaiman Minta Pemuda UMNO Jangan Mengungkit

Syahir Sulaiman Minta Pemuda UMNO Jangan Mengungkit

Pegawai Kanan Presiden PAS, Syahir Sulaiman, mengesa kepada Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki agar tidak mengungkit-ungkit isu pengorbanan parti.

“Kekanda, ini bukan masa untuk mengungkit.
“Jika mahu diungkit, orang PAS lagi banyak boleh mengungkit: berkorban harta, jiwa, tenaga, dan maruah, namun segalanya tidak lagi berbangkit,” tulis Syahir.

Syahir menyebut ada banyak kewajipan yang perlu dilaksanakan sedangkan waktu yang tersedia adalah terhad.

Nasihat Penuh :

Kekanda, ini bukan masa untuk mengungkit.
Jika mahu diungkit, orang PAS lagi banyak boleh mengungkit – berkorban harta, jiwa, tenaga, dan maruah – namun segalanya tidak lagi berbangkit.
Kewajipan kita banyak, masa kita sedikit. Setuju Ketua Armada terkhilaf. Khalas.
Ayuh pandang ke hadapan. Rapatkan saf. Kukuhkan perpaduan. Buktikan keinsafan.
Inilah jiwa besar PAS 🇲🇾
Adinda, SS
#UbahAtauRebah

CATEGORIES