Sokongan MP UMNO Terhadap Anwar Tidak Termasuk Najib, Zahid

Sokongan MP UMNO Terhadap Anwar Tidak Termasuk Najib, Zahid

Wartawan Veteran, A Kadir Jasin memaklumkan dalam akaun Facebook beliau bahawa sokongan terhadap Anwar oleh ahli parlimen UMNO tidak melibatkan Najib Razak dan Zahid Hamidi yang mana keduanya berhadapan isu dakwaan rasuah di mahkamah.

Beliau reaksi terhadap tulisan di Malaysia- today yang bertajuk “Anwar berjanji gugurkan tuduhan terhadap Najib dan Zahid kalau beliau jadi PM ke-9”,

Menurut Kadir, tajuk tersebut sememangan sensasional tetapi tidak berapa masuk akal. Beliau mempersoalkan kenapa Anwar selepas jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan hendak “bebaskan” musuh-musuh politik dia kerana pada Zaman pemerintahan Najib , apabila Anwar disumbat ke dalam penjara buat kali kedua. Zahid tidak pun cuba tolong dia. apatah lagi mereka terlibat menyokong pula Muhyiddin untuk rampas kuasa daripada PH.

Untuk bertabbayun , A Kadir Jasin telah menghantar keratan tajuk berita itu kepada seorang orang kanan Anwar dengan mesej berbunyi

: “Assalamualaikum. I dearly hope this is a lie aimed at blemishing Anwar” atau dalam bahasa melayu “Assalamualaikum. Saya amat berharap ini adalah pembohongan yang bertujuan mencemarkan Anwar.”

Respon orang kanan Anwar pula menafikan.

“Salam. Kami masih waras. Sementara kami perlukn sokongan, namun pertimbangan lain tetap diambilkira. Dokumen sokongan mengesahkan kami cukup majoriti. Noktah.”

Tambah Kadir lagi, satu sumber yang dekat dengan Presiden PKR berkata, tidak termasuk Najib dan Zahid, mereka “memegang” 20 Ahli Dewan Rakyat Umno.

Kadir menegaskan Anwar tidak boleh tunggu berlalu lama untuk membuktikan secara sahih dakwaan “ada cukup majoriti” beliau.

CATEGORIES