Shabery Tanya BERSATU, Gantung Parlimen Nak Elak Pembangkang ke Nak Elak UMNO?

Shabery Tanya BERSATU, Gantung Parlimen Nak Elak Pembangkang ke Nak Elak UMNO?

Veteran UMNO, Shabery Cheek mengulas kenyataan Ketua ARMADA, Wan Fasyhal agar UMNO kekal bersama PN pada PRU15 akan datang bahawa tidak salah untuk BERSATU berharap namun dalam sejarah politik Malaysia, kestabilan perlukan parti yang dominan, jika sama kuat akan bercakaran sama sendiri seperti berlaku kepada PH.

“PH gagal kerana tak ada yang dominan. Bila sama kuat, banyak bercakaran sama sendiri. Kerja tak jalan. Merajuk dan letak jawatan.” tulis Shabery dalam facebook beliau,

Menurut Shabery bila Bersatu pegang jawatan tertinggi mesti mainkan peranan sebagai parti dominan. Kena jaga kebajikan rakyat. Bukan sahaja melalui kerajaan tetapi juga melalui parti.

“Bandingkan peranan yang sentiasa dibuat oleh Wanita, Pemuda dan Puteri Umno. Di semua peringkat. Sepatutnya Srikandi Bersatu yang ketuanya Menteri jaga kebajikan, lebih sibuk gerakan sukarelawan dan wanita partinya bantu rakyat susah seluruh pelusuk negara.”

Menurut beliau parti dominan juga kena jaga kawan sebagaimana UMNO jaga MCA sewaktu krisis parti itu dulu.

“Parti dominan kena jaga kawan. Dulu waktu MCA susah, Umno bersusah payah menstabilkannya. Bukan hantar orang cucuk supaya gaduh sama sendiri. Tun Ghafar pernah jaga MCA 10 bulan sewaktu krisis Neo Yee Pan – Tan Koon Swan (1983) sehingga pulih.”

Beliau juga persoal kenapa parlimen digntung apabila sekolah dan restauran sudah boleh dibuka, kenapa tidak parlimen. Adakah kerana mahu elak UMNO?

“Hari ni ramai dah persoalkan kenapa Parlimen digantung? Sekolah dah boleh, restauran dah boleh. Kenapa Parlimen tak boleh? Apakah sebab nak elak pembangkang atau nak elak Umno? Kan kita parti bersahabat?”

CATEGORIES