Shabery Cheek Dedah 3 Nasihat Najib Diingkari PN

Shabery Cheek Dedah 3 Nasihat Najib Diingkari PN

Pemimpin veteran UMNO yang juga merupakan bekas ahli parlimen Kemaman, Shabery Cheek mendedahkan 3 perkara yang dicadangkan oleh bekas perdana menteri, Najib Razak yang tidak diendahkan kerajaan PN akhirnya memberi kesan buruk kepada negara.

“Sekurang2nya TIGA nasihat DSNR mengenai Covid yang tak dilayan tetapi sangat penting untuk elak kapal karam di laut.” tulis Shabery dalam Facebook beliau.

Menurut Shabery, tiga perkara terbabit adalah nasihat kuarantin 14 hari setelah pulang dari PRN Sabah, namun tidak diendahkan hingga kes mencanak lebih 5000 kes sehari.

“PRN Sabah. DSNR nasihat kuarantin wajib 14 hari semua yang pulang dari Sabah ketika itu. Kjaan kata tak payah. Kes mencanak lebih 5,000 sehari. Kena buat PKP 2.0 dan darurat 1.0.”

Menurutnya Shabery lagi, nasihat kedua adalah laksana PKP secara betul betul bukan separuh masak, namun juga tidak diendah hingga terpaksa buat PKP 3.0

“PKP 2.0. DSNR nasihat alang2 PKP, buatlah betul2 jangan separuh masak. Tak dilayan. Kes mencanak balik sekarang melebihi 6,000. Kena buat PKP 3.0”

Akhir sekali adalah gesaan untuk menutup kemasukan dari India namun juga tidak diendahkan.

“Tutup kemasukan dari India. DSNR beri amaran pada 18 April. Singapura buat 23 April. Malaysia hanya buat 28 April. Varian India dikatakan sudah masuk.”

PKP 3.0 kini bermula pada 12 Mei iaitu sehari sebelum raya puasa sehingga 7 Jun. Hastag kerajaan gagal mula memenuhi media sosial dan jalan raya menandakan protes rakyat kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin ini

CATEGORIES