Seorang lagi Banduan positif Covid19 Meninggal Dunia

Seorang lagi Banduan positif Covid19 Meninggal Dunia

Seorang banduan yang disahkan positif covid-19 meninggal dunia akibat jangkitan wabak terbabit. Kesemua mereka adalah daripada kluster Penjara Reman, Pulau Pinang. Mereka adalah termasuk 18 banduan yang disahkan positif covid19 dari 26 orang banduan di dalam sel berkenaan.

Pengarah penjara Remaan Pulau Pinang,Mohamad Jusoh Ismail mengesahkan mereka teah dikuarantin dan diasingkan dari banduan lain.

“Mereka masih dikuarantin dan diasingkan daripada banduan lain,” katanya dipetik dari BERNAMA.

Kesemua banduan lain yang positif kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan berada dalam keadaan stabil.

Muhamad juga berkata proses ujian saringan Covid-19 terhadap staf dan banduan di penjara itu yang dijalankan sejak 5 Okt lepas, dan setakat hari ini tiada petugas yang positif Covid-19 dan beliau berharap tiada penularan di sel-sel lain,” katanya.

CATEGORIES